Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud: “Jadikan minyak zaitun sebagai kuah dan minyakilah dirimu dengannya kerana sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati.”

Dalam riwayat yang lain oleh Ibnu Sa’id RA bahawa Nabi bersabda: “ bermaksud: Makanlah dan minyaki dirimu dengan minyak zaitun, kerana sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati.”‘ Disahihkan di dalam Bab At-Taiemah oleh Ibnu Majah dengan sanad perawi yang percayai dan Abdul Razaq dalam Al-Musanaf dan disahihkan oleh Al-Hakim.

Selaras dengan Hadith di atas, kajian saintifik baru-baru ini mengesahkan bahawa minyak zaitun ini memiliki banyak khasiat pelindung dari penyakit arteriosclerosis (atau ateroma), iaitu penebalan pada saluran darah atau arteri.

Ini menunjukkan Nabi SAW, Rasul bagi semua umat manusia telah menasihatkan umatnya supaya memakan minyak zaitun pada empat belas abad yang lalu.

Mengapa Nabi SAW melakukannya? Jawapannya adalah bahawa minyak zaitun seperti yang telah baru-baru ini disahkan secara saintifik mengandungi bahan kimia, yang mencegah terjadinya pembekuan darah di dalam saluran darah atau arteri (thrombosis koronari).

Sementara bahan kimia ini meningkatkan lebih banyak nisbah kolesterol yang dikehendaki yang berkepadatan tinggi iaitu HDL, ia juga mencegah jenis kolesterol berbahaya iaitu LDL, dari membeku di dalam darah.

Bahkan doktor-doktor di hospital di Milan, Itali, menggunakankan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan yang diberikan kepada pesakit yang menjalani pembedahan jantung di arteri. Pesakit bermasalah arteri diberikan empat hingga lima sudu sehari.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh American Medical Magazine, 1986, Dr Girandy, seorang profesor di Universiti Texas, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa minyak zaitun menurunkan kolesterol sebanyak 13% dan lemak protein sebanyak 21%.

Oleh kerana itu, beliau menyarankan penduduk Amerika untuk menggunakan minyak zaitun berbanding dengan minyak yang lain untuk mencegah dan mengelakkan diri dari penyakit arteri. (Cabutan daripada Perubatan Secara Sunnah)

Rujukan: Tihmaz, Abdulhameed Mahmoud- Empat Puluh Keajaiaban Saintifik; Dar Al-Qalem.

Dengan ehsan: Science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=1405

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )